Saturday, July 19, 2008

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kep.) USM - PA 7052

new discovery~

Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kep.) USM - PA 7052

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi di Island College of Technology (ICT) atau Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang adalah merupakan satu kursus luaran Universiti Sains Malaysia (USM) di mana skrol Pengijazahan adalah dikeluarkan oleh USM. Perlaksanaan dan kandungan akademiknya adalah sama dengan yang sedia ada di kampus USM sendiri yang mana melibatkan pemantauan kualiti yang berterusan oleh USM. Program ini bertujuan untuk membentuk kemahiran pelajar di dalam penyediaan ubatan termasuklah rekabentuk, pembangunan, penghantaran dan kawalan ubatan. Pelajar akan didedahkan kepada semua aspek bidang Farmasi termasuklah Pharmacology, Pharmaceutical Chemistry, Pharmaceutical Technology, Clinical Pharmacy dan Physiology.

Tempoh Pengajian : 4 tahun / 8 semester
Kemasukan : Julai
Syarat Kemasukan:
1. Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia
2. Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya :
Gred C (NGMP 2.00) matapelajaran Pengajian Am
Gred B (NGMP 3.00) matapelajaran Kimia
Gred B (NGMP 3.00) dalam salah satu matapelajaran berikut: Biologi/Fizik/Matematik Tambahan/Matematik Lanjutan Tambahan
Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

1 comment:

Azira Anhar said...

hi. boleh tak diploma farmasi appy ICT?

Related Posts with Thumbnails